Semanis gula, semasam cuka...

Bismillah…

Nampaknya, sudah agak lama saya tidak menjengah blog ini yang nampaknya kian lusuh dek waktu yang tidak berapa mengizinkan kepada saya untuk menulis didalamnya. Tidak lain tidak bukan disebabkan terpaksa fokus terhadap peperiksaan mid sem yang lalu. Tapi tak mengapa, biarkan ia lusuh janji kekal bermanfaat kepada semua. InsyaAllah. Dalam tempoh saya tidak menulis, terlalu banyak perkara-perkara yang ingin saya perkatakan di dalam blog ini sebenarnya. Dan setelah mendapat peluang dan nikmat masa yang hanya sebentar ini, diharapkan saya dapat berkongsi lagi dengan sahabat-sahabat tentang isu-isu yang ingin saya perkatakan ini. Pada tulisan kali ini, saya sangat teringin nak berkongsi dgn sahabat-sahabat tentang sebuah hadis Rasulullah S.A.W. yg saya rasa semua org mesti pernah dengar tentang hadis ni. Kira masyhur jugak la hadis ni. Yang mana hadis ni menyebut:

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawasanya ada seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah S.A.W. : “Berwasiatlah (sesuatu) kepada aku!”

Lalu jawab nabi dengan sabdanya: “Janganlah kamu marah.”

Lelaki ni mengulangi lagi permintaannya beberapa kali, tapi tetap dijawab oleh nabi “Janganlah kamu marah.”

(Riwayat al-Bukhari)

Mesti semua org macam tau2 je kan apa yg saya nak kongsikan di sini. So, saya pun seperti biasalah, apa yang ingin saya highlight kan di sini sememangnya adalah wasiat nabi tersebut iaitu, JANGANLAH KAMU MARAH. Kerana apa, kalau kita lihat dari sudut kehidupan kita sebagai seorang manusia sekaligus seorang makhluk ciptaan Allah, tidak dapat tidak, kita tak akan boleh lari daripada sifat fitrah ini iaitu MARAH. Katalah apa-apa pun, saya yakin semua orang pernah mengalami dan merasai perasaan marah ni. Tak kiralah marah kepada manusia, ataupun haiwan, janji org panggil MARAH. Sampaikan ada jugak segelintir orang kadangkala sampai marah kepada benda yang tidak bernyawa. Termasuklah saya. Ya lah, cuba bayangkan apabila kita berjalan, kekadang tu siap kontrol macho lagi, kalau perempuan, kontrol ayu la, tapi tetibe je tersepak anak tangga. Apa agaknya kita rasa? Kalau manusia tu normal, mesti wujud dua perasaan ni. Malu dan marah. Betul tak?

Malu, sebab orang lain tengok. Mestila, tengah syok layan perasaan, tiba2 terjatuh, mesti malu. Yang keduanya marah. Dan antara perkataan yang selalu keluar apabila terjadinya situasi macam ni biasanya “Hai, sape la yang buat tangga ni tinggi sangat.” Ataupun, “Apasal tangga ni, orang tengah bajet macho, time ni jgk la yg dia nak suruh orang sepak.” Satu lagi ayat, “Hei, apahal ko ni, main tolak-tolak aku ni?!” Sambil menunding jari kepada rakan sebelah. Yang ni biasanya lebih kepada nak cover la. Tapi apa-apa pun, ayat2 tersebut pasti akan berbaur perasaan marah. Walaupun matan ataupun kita katakan skripnya berbeza-beza, ia tetap dan pasti akan menunjukkan kepada perasaan marah yang wujud dalam diri pemarah tersebut.

nak marah pun, jangan sampai mcm nie...

Namun, bukanlah ayatnya ataupun skrip marah yang ingin saya bincangkan di sini. Cuma, antara persoalan yang biasanya seringkali timbul didalam benak fikiran saya tatkala berlakunya situasi seperti ini adalah ‘kenapa kita perlu marah?’. Ya lah, cuba fikir, apa agak-agak faedah yang kita dapat kalau kita marah? Ya, saya tak nafikan, mungkin ada antara sahabat-sahabat sekalian yang akan kata perasaan marah ni wujud tanpa dipinta. Bahkan nabi sendiri pun pernah memarahi sahabat-sahabat baginda. Lepas tu siap bagi dalil lagi kata nabi pun pernah marah. Fuh. Memang. Saya langsung tak nafikan perkara tersebut. Cuma apa yang perlu diingatkan di sini adalah marah nabi tak sama dengan marah kita. Nabi marah menurut wahyu daripada Allah, kita marah menurut nafsu. Nabi marah sebab amar ma’ruf nahi mungkar, tapi kita marah sebab sesuatu yang remeh di sisi Allah. Beza tak? Definitely.

Sebagai seorang manusia, memang kita takkan terlepas daripada perasaan ini. Tapi kalau boleh, paling tidak pun, cuba kita fikir tentang apa yang kita nak marah tu. Sebab apa? Sesekali apabila kita marah, saya minta sahabat-sahabat cuba bayangkan, adakah kalau kita marah ketika itu, marah kita tersebut akan disukai oleh Allah ataupun tidak? Kalau jawapannya iya, teruskanlah. Tapi kalau jawapannya tidak, maksudnya sudah-sudahlah tu. Sebab apa, memang marah tersebut tiada faedah. Bahkan saya rasa, kadang-kadang marah tersebut boleh mendatangkan side effect kepada ukhuwwah kita, persahabatan kita. Mana tidaknya, sikit-sikit asyik nak marah je, sape la yang nak duk dekat? Saya rasa kucing pun lari. Bukan setakat kucing, lalat pun tak sudi nak hinggap kat hidung. Betul tak? Yela, boleh faedah je kalau duk dekat.

Memang saya akui, saya sendiri pun kadang-kadang tak mampu menepis perasaan marah ni. Tambah-tambah lagi, apabila ada seseorang seolah-olah mencabar kejantanan kita. Kalau perempuan pulak, mencabar kebetinaan la. Apa yang kita rasa? Mestila naik darah kan. Selalu sangat macam tu. Tapi apa yang saya biasa lakukan adalah, ingat balik wasiat nabi seperti yang saya katakan pada awal tulisan ini. JANGANLAH KAMU MARAH. Kalau kita tengok, walaupun berulang-ulang kali lelaki tersebut meminta wasiat daripada nabi, tetap dijawab dengan tenang JANGANLAH KAMU MARAH. Kerana nabi sendiri tahu, perasaan marah itu sangat bahaya dan juga membahayakan apabila tidak dikawal. Wasiat buat umatnya.

Pendek kata, kalau kita nak marah sangat pun xpelah. Nak buat mcm mana kan, sifat fitrah. Tapi, paling tidak pun, contohilah nabi dalam ber’marah’. Marah baginda mcm mana? Baginda adalah seorang yang paling payah nak marah, dan apabila baginda marah, baginda juga adalah orang yang paling cepat reda kemarahannya. Dan saya sendiri sedang cuba mencontohi sifat baginda tersebut. Kerana inilah yang dipanggil sebagai marah yang terkawal. Marah yang diajar oleh nabi kepada umatnya.

Semua sedia maklum, syaitan itu berasal daripada api. Dan untuk memadamkan api adalah dengan menggunakan air. Jadi cara yang paling sesuai untuk memadamkan perasaan marah ni adalah dengan mengambil wudhu’. Senang saja. Setiap kali kita rasa marah, apa salahnya kita pergi ambil wudhu’. Bukan susah pun. Air ni Allah cipta 2/3 dunia. Kalau setakat nak ambik wudhu’ setiap kali marah takkan habis la air brader. Lagi pun ini adalah sunnah Rasulullah S.A.W.

Daripada Anas bin Malik R.A., sabda Rasulullah S.A.W.:

“…. Maka barangsiapa menolak sunnah aku, maka dia bukan dari kalangan aku”

Riwayat al-Bukhari

So sahabat-sahabat semua, marilah sama-sama kita mencontohi Rasulullah dalam apa saja tindak-tanduk baginda. Tak rugi. Bermanfaat lagi ada. Moga-moga kita mendapat redha Allah S.W.T. Sehinggakan dalam mengawal perasaan marah sekali pun, Rasulullah sudah menunjukkan contoh yang terbaik. Apa yang tinggal, adalah diri kita sendiri. Sama ada mahu mempraktikannya ataupun tidak. Saya hanya mampu membuka pintu, yang nak berjalan keluar adalah anda sendiri. Sama-sama renungkan.

Sekian, salam sunnah dari saya~

aku pon taw marah... miaawww!!!
Berusahalah sahabat untuk bersabar..
seandainya kau marah sedang kau berdiri,
duduklah.
seandainya kau marah sedang kau duduk,
baringlah.
seandainya kau marah juga di saat kau berbaring,
berwudhuklah.
namun,
andai kata masih berbaki perasaan marah itu,
mahupun kau telah berwudhuk,
maka larilah saja ke tmpt yg bisa
menceriakanmu..
moga-moga
kau senyum selalu~

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Related Posts with Thumbnails