Wanita hiasan syurga...

Bismillah…

Segala puji-pujian hanya layak bagi Allah, saya masih lagi dapat menaip patah2 perkataan dalam blog ni sebagai meluahkan apa yang tersirat di dalam qalbi. Sebenarnya saya masih belum puas untuk membicarakan tentang aurat wanita seperti mana yang telah saya publishkan dulu. Ada orang bertanya pada saya, kenapa asyik bercakap pasal aurat wanita sedangkan lelaki juga punya aurat. Hah, sekali dengar agak lucu bunyi pertanyaan tersebut. Tapi sebagai untuk menghormati seorang rakan, nampaknya saya terpaksa gunakan ayat yang lebih berdiplomasi untuk menerangkan situasi ini. Iya! Saya tak nafikan lelaki juga punya aurat. Tapi, cuba kalau kita gunakan kaedah fiqh, kita sepatutnya melihat kemaslahatan yang lebih besar, atau dengan ayat lainnya bahaya manakah yang lebih besar, yang lebih BERBAHAYA antara kedua-dua masalah.

Sudah tentu aurat wanita. Ya tak? Semua orang akan setuju. Sebab kita semua sendiri boleh melihat dengan jelas situasi yang teruk pada zaman sekarang. Kita tak perlu ambil contoh jauh, ambil saja contoh di USIM sendiri. Jelas sekali peraturannya, yang lelaki wajib berpakaian kemeja berlengan panjang serta bertali leher, berkasut dan berstoking. Malah satu kesalahan akan disaman sebanyak RM50. Pendek kata memang bertutup mengalahkan perempuan. Manakala bagi pihak perempuan sendiri tiada peraturan ketat yang dikenakan terhadap pemakaian mereka. Bebas! Sehinggakan jika wanita berpakain T-Shirt sekalipun tidak akan didenda seperti mana yang dikenakan kepada para lelaki. Jadi apa lagi yang mahu kita dalihkan di sini. Dunia memang sudah terbalik. Yang tidak aurat dibuatnya aurat dan sebaliknya yang sebenarnya aurat dikatakan tidak aurat. Yang lelaki disuruh berpakaian litup sedang wanita sendiri bebas dalam berpakaian. Islam apakah ini? Hadhari? Liberal? Demi Allah, tak perlu semua itu. Islam yang sebenar sudah lengkap pada zaman Rasulullah S.A.W.

Firman Allah Ta’ala;

“…Pada hari ini Aku telah sempurnakan agamamu untukmu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan Aku redha Islam (ini) sebagai agamamu…”

(Al-Maidah : 3)

So, siapa kita yang nak mengubah yang sudah sedia ada didalam al-Quran dan hadis. Kononnya Islam. Pada pendapat saya secara peribadi, mereka-mereka ini menggunakan nama Islam untuk membuat agama baru. Agama mereka sendiri. Yang selari dengan nafsu, kehendak dan pilihan mereka.Tapi dengan meletakkan nama Islam di hadapan agama mereka ini, mata kita sudah mula kabur. Sedar atau tidak kita, kita serba sedikit telah terkena pengaruhnya. Apa yang dikatakan oleh ‘agama’ ini, kita angguk. Apa yang telah ditetapkan oleh ‘agama’ ini, kita setuju. Ya lah, siapa yang tak setuju? Syariat mengikut nafsu dan kehendak manusia sendiri. Kita tak nak pakai tudung, jadi kita letaklah dalam peraturan ‘Islam’ baru ni yang pemakaian tudung adalah tidak wajib. Mudahnya!

Aduhai umat Islam yang dahulunya gah di persada dunia. Di manakah kehebatan kita? Di manakah kelebihan kita? Yang membezakan agama kita dengan agama kuffar yang lain. Sudah tidak ada bezanya! Sama saja. Kita bangga dengan Islam yang kita anuti, tapi kita sendiri tidak mengamalkannya. Bukannya payah. Cuba kita mulakan dengan menutup aurat dulu. Sebab bagi saya, aurat adalah punca segala masalah sosial. Sebab auratlah berlakunya kes rogol, sumbang mahram dan sebagainya. Saya masih ingat ucapan seorang tokoh di negara kita yang mengatakan, kita sendiri sebenarnya yang jual murah-murah, tapi bila dah kena rogol, dah kena cabul, kita salahkan perogol tersebut. Padahal kita sendiri yang menggalakkan dia untuk merogol kita. Kita sendiri yang ingin dia melihat tubuh kita. Jadi, bila dah ‘kena’, sepatutnya kita pasrah sajalah. Janganlah salahkan siapa-siapa sebab kita sendiri yang salah. Betul tak?

Wanita pada zaman sekarang sudah terlalu terpengaruh dengan ke’liberal’an Islam yang disebarkan oleh musuh-musuh Islam secara halus khususnya pada kita semua, rakyat Malaysia. Saya yakin yang wanita-wanita ini sebenarnya tahu tentang hukum aurat di dalam Islam. Cuma mereka sengaja membiarkannya. Dengan alasan, fesyen! Ada jugak wanita yang pemakaiannya tak lebih macam biskut chipsmore. Sekejap ada sekejap tak ada. Sebab apa? Iyalah, kadang-kadang kita lihat dia memakai jubah, bertudung litup, kemas dan cantik. Sangat manis dipandang. Sekali tengok, memang kita nampak dia sebagai seorang gadis yang amat menjaga tentang aurat Islam. Tapi yang peliknya, ada jugak pada hari-hari yang lain, dia boleh pulak memakai t-shirt ketat, seluarnya sendat, tudungnya singkat, tak ubah macam seorang gadis yang JAHIL tentang aurat Islam. Percaya atau tidak, memang gadis ini wujud.

Sabda Nabi s.a.w:

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang BERPAKAIAN TAPI TELANJANG yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga malah tidak akan mencium langsung baunya."

Riwayat Bukhari dan Muslim.

tutuplah aurat dengan SEMPURNA...

Sebab itulah kadang-kadang saya terfikir, adakah dia memakai jubah dan bertudung labuh itu adalah betul-betul dengan niat menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan syara’ atau hanya sekadar fesyen pada zaman sekarang? Pelik. Ikhlaskah dia sebenarnya dalam menutup aurat? Saya yakin gadis ini memang tiada langsung alasan yang kukuh melainkan hanya hipokrit semata-mata.

Saya ingin kemukakan satu contoh. Kita nak beli sebuah jam tangan. Murah dan cantik. Jadi tak ada tempat lain yang akan kita pergi melainkan ke pasar malam. Ya tak? Jadi bila sampai kat sebuah kedai jam tangan, sudah tentu kita akan melihat dulu mana-mana yang berkenan. Kita akan test satu-persatu kat tangan kita. Manalah tahu ada yang menarik dan sesuai dengan tangan kita. Lama kita membelek, sampai satu masa kita pun setujulah dengan salah sebuah jam tangan yang paling cantik dan sesuai di antara jam-jam lain yang telah kita test sebentar tadi. Jadi persoalan yang ingin saya tanyakan di sini, adakah kita akan terus membeli jam tangan yang di test itu ataupun kita akan meminta penjual itu mengeluarkan jam tangan lain yang masih berada didalam kotak tetapi modelnya sama dengan jam tangan yang di test tadi?

Tanyalah siapa-siapa pun, saya yakin jawapannya adalah sama. Sudah tentulah kita akan menyuruh penjual tersebut mengeluarkan jam yang masih berada didalam kotak. Sebab apa? Sebab itu memang fitrah manusia. Kita sering menginginkan yang terbaik. Di sini saya ingin mengiaskan jam tangan itu umpama wanita-wanita pada zaman sekarang. Dan pembeli itu adalah seorang lelaki. Walaupun lelaki itu pada mulanya kelihatan berminat dengan jam tangan yang berada di luar bungkusan, malah sudah dicuba berkali-kali dan sangat berpuas hati, tetapi pada akhirnya, jam yang masih didalam bungkusan juga yang diminta.

Sebab semua orang pun tahu berfikir, jam tangan yang di luar bungkusan semestinya sudah hilang keasliannya. Sudah banyak kali disentuh dengan tangan-tangan manusia lain. Habuk-habuk jalan juga sudah banyak melekat padanya. Pendek kata, jam tangan itu sudah hilang kesuciannya. Jadi apa yang nampak paling berharga ketika ini adalah jam tangan yang masih berada didalam bungkusan. Betul tak? So, begitu juga wanita. Wanita yang tidak menutup aurat memanglah kelihatan cantik pada mulanya. Sekali tengok memang sesuai dan sepadan untuk dijadikan pasangan hidup. Tapi kenapa pada akhirnya, wanita yang menutup auratnya dengan sempurna pula yang menjadi pilihan? Sebab semua orang tahu, wanita yang tidak menutup aurat ni sudah hilang keasliannya. Sudah banyak menjadi bahan jelingan lelaki-lelaki lain. Sudah banyak kali disentuh oleh tangan-tangan manusia. Pendek kata, sudah hilang kesuciannya.Sebab itulah wanita yang masih didalam ‘bungkusan’ dan yang dijaga rapi itulah yang menjadi pilihan hati. Kerana dia masih ‘asli’, masih suci, belum dicemari oleh kotoran-kotoran langsung.

Oleh itu wahai wanita-wanita muslimah sekalian, jadilah anda seperti mawar yang berduri. Zahirnya kelihatan cantik dan manis, tetapi sangat payah untuk didekati oleh lelaki-lelaki lain. Berubahlah dengan kerelaan diri sendiri. Walaupun saya faham agak sukar untuk diubah jika ia adalah tabiat semula jadi tapi ianya tidak mustahil untuk kita berubah. Yang penting NIAT UNTUK BERUBAH itu sentiasa tertanam kukuh di dalam sanubari.

Firman Allah;

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah (takdir) sesuatu kaum itu sehinggalah kaum itu sendiri yang mengubah nasib (perangai) mereka sendiri…”

Dan firmannya lagi di dalam surah an-Nur;

“Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya,dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain kerudung (sehingga) ke dada mereka…”

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses
Related Posts with Thumbnails