Archives

Fenomena malas bersahur...

Bismillah…

Segala puji-pujian hanya milik Allah S.W.T. yang Maha Mencipta.. Pertama sekalinya selamat menyambut Ramadhan Kareem kepada sahabat-sahabat sekalian.. Keduanya kemaafan dipinta memandangkan dah lama aku tak menulis dalam blog ni.. Dah berhabuk barangkali.. Tapi apa boleh buat, mungkin saja masa yang tak memberi laluan kepada keyboard laptopku.. Tapi takpe lah, yang lepas biarkan saja ia berlalu.. Kita sudah semestinya takkan mampu berpatah balik kepada masa yang lalu kan.. So, tidak dapat tidak, yang perlu kita utamakan sekarang adalah apakah rancangan kita tentang masa hadapan yang belum lagi kita tempuhi..

Jadi, memandangkan kita sekarang sedang berada di 1/3 Ramadhan, so aku pun terasa la macam nak menulis berkenaan bangun bersahur.. Hehe.. Sebab apa? Sebab aku yakin, mesti dalam banyak-banyak orang yang baca blog aku ni, pasti akan ada segelintir yang sangat tak suka bersahur.. Bagi diorang, tidur lagi kenyang daripada bersahur.. Betul tak? So, aku pun mula la membuat kajian secara tak rasminya dengan menemu ramah kawan-kawan aku secara tak sengaja.. Yang paling banyak jawapan bila ditanya kenapa diorang tak bangun sahur, kebiasaannya diorang akan bagi alasan;

“Aku sebenarnya bukan la malas nak bersahur, cuma aku rasa kalau tak bangun sahur pun, aku boleh tahan punye sampai berbuka nanti..”

baik aku tidur lagi baguss...

Hmm.. Ni antara alasan diorang la.. Yela, aku akui memang la perut korang tu perut besi.. Boleh tahan walaupun tak bersahur.. Tapi yang menjadi masalahnya, pernah tak kita terfikir mengapa sebenarnya kita disyariatkan untuk bersahur ni? Rasulullah S.A.W. pernah bersabda di dalam sebuah hadis sohih;

“Bersahurlah kalian, sesungguhnya di dalam sahur itu ada barokah (keberkatan).”

(Muttafaq ‘Alaih)

Nampak tak, Rasulullah sendiri menyuruh kita bersahur adalah disebabkan dalam sahur itu terdapatnya berkat.. Bukannya baginda sengaja menyuruh kita bersahur semata-mata supaya kita dapat bertahan sampai berbuka.. Lepas tu baginda bersabda lagi didalam hadis lainnya;

“Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.”

(Ahmad)

Ok, kalaulah korang nak katakan juga sebab-sebab disyariatkan sahur adalah supaya kita dapat bertahan sampai berbuka.. So, cuba korang teliti hadis hadis kat atas, Rasulullah menyuruh umatnya bersahur walaupun dengan seteguk air.. Budak kecik pun boleh perasan la, takkanlah dengan minum seteguk air pun sudah boleh menyebabkan badan kita mampu menahan lapar daripada pagi sampai ke petang? Mana la nak ada tenaga.. Betul tak? Makna katanya di sini, kita boleh lihat bagaimana Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan untuk kita bersahur sehinggakan walaupun hanya dengan seteguk air.. Dan itu semua adalah semata-mata supaya kita boleh mendapat keberkatan daripada sahur tersebut.. Bukan saja-saja.. Bukan suka-suka.. Bukan juga hanya kerana nak bagi kita boleh menahan lapar dan dahaga pada siang hari.. Dan ketahuilah sahabat semua, keberkatan bersahur ini hanya terdapat di bulan Ramadhan yang mulia sahaja dan tidak ada di bulan yang lain..

Jadi sahabat-sahabat sekalian, korang tak terasa rugi ke kalau kita lepaskan peluang yang hanya sebulan ini daripada mendapatkan keberkatan tersebut.. Senang-senang je Allah bagi offer kat kita, hanya dengan minum air sahaja ketika sahur kita dah siap sedia berada dalam keberkatan Allah.. Memang kalau kita tak ambil peluang ni, aku rasa korang la makhluk yang paling rugi atas dunia ni.. Bukan susah, minum air ke, makan kurma ke, lepas tu kalau nak tidur balik pun ikut korang la.. Yang penting kita sahur.. Tapi kena bangun balik la time subuh tu.. Kalau tak bangun takde makna la sahur tu kan.. Yang wajib mesti la kena mengatasi yang mustahab.. Betul tak?

So, aku harap korang semua boleh faham la tentang sahur ni.. Banyak lagi sebenarnya hadis-hadis lain yang menunjukkan tentang kelebihan kita bersahur ni.. Cuma aku rasa maksud aku pun dah sampai dan korang semua pun dah boleh faham apa yang aku cuba nak sampaikan.. Selain daripada mampu memberikan tenaga yang lebih kepada kita sepanjang berpuasa, didalam sahur itu sendiri Rasulullah telah menjamin adanya keberkatan.. Sama-samalah kita renungkan dan rebut offer ni sementara bulan Ramadhan masih berbaki.. Sekian, au revoir~

makan ramai-ramai lagi bestt...

Related Posts with Thumbnails