Archives

Buruk khabar daripada rupa

Bismillah…

Alhamdulillah, aku masih ada kesempatan untuk menaip sepatah dua di dalam blog kesayangan ni. Buat pembaca yang budiman, setelah di survey di blog2 orang lain dan meminta nasihat daripada mereka yang pakar, aku pon telah membuat satu kesimpulan yang cukup mudah untuk membuatkan blog ni nampak lebih menarik dan tidak memboringkan. Jeng jeng jeng! Ape die? Erm… Aku rasa lepas ni aku nak menggunakan kata ganti diri ‘aku’ lah bagi menggantikan ‘saya’ bukan seperti dalam blog2 yang lepas; tidak lain tidak bukan untuk lebih rasa dekat dengan penulisan2 aku di sini. Hehe.. Kata orang tua2, lebih mesra gitu.

Senang. Walaupun nanti mungkin ade orang akan kata, “Ish, takkan gune ‘aku’ kot? Kasar laa..”

Aku akan jawab “Xpela kasar2 pon, janji mesra..”

Lagipun, ape bezanye ‘aku’ dgn ‘saya’ kan? Dua2 adalah Bahasa Melayu dan terdapat di dalam kamus dewan edisi keempat!

Em.. Oklah. Malam ni aku ingat nak berkongsi dengan sahabat2 satu fakta yang aku dapat daripada Dr. Daniel Zainal Abidin, seorang saintis yang terkenal dengan kepakarannya dalam bidang sains dan kepandaiannya dalam mengaitkan sains dengan ayat al-Quran. Kenal tak? Kalau kenal bagus la. Kalau tak kenal, buat2 kenal jer.. Dia kata;

Tahukah anda sebuah jantung yang hanya sebesar genggaman manusia biasa mempunyai tekanan yang mampu memancutkan darah setinggi sehingga 9 meter?

Agak-agak korang percaye tak? Ni antara respon2 yang aku terima setelah mengemukakan fakta ni kepada orang ramai.

“Eh, betul ke? Tingginyer! Takkan kot…”

“Haha.. Ingat aku bo**h ke nak percaya fakta daripada ko ni..”

“Iye ke Dr. Daniel ni? Aku rase 3 meter pon tak lepas..”

“Boleh percaya ke ni?”

“Walaupun ko kata fakta ni daripada Dr. Daniel, aku tak percaya selagi ko tak tunjuk bukti...”

Ish3.. Ade ke patut? Bukan fakta aku tu, fakta Dr. Daniel la. Saintis tu! Hehe.. tak patut betul. Kalau tak percaya kat aku pon, sekurang-kurangnye percayalah Dr. Daniel. Amacam, tak percaya jugak?

Kalau tak percaya jugak takpelah. Cuma aku nak bagitau korang kat sini. Kalau anda di kalangan orang yang mempunyai persoalan macam kat atas tu dalam otak anda sekarang, ataupun persoalan2 yang lain yang sama waktu dengannya…..

Aku nak ucapkan TAHNIAH! kepada anda.

Sebab ape? Sebab anda mempunyai pendirian yang kukuh sebelum menerima sesuatu maklumat. Walaupun kadang2 bila ditengok balik, mungkin kita akan rasa ada logiknya fakta yang aku bagi tadi. Ye tak? Tambah2 pulak, fakta ni daripada Dr. Daniel pulak tu. Sudah tentu orang akan mudah percaya bila dilihat dari segi pangkat, kerja dan kelulusan individu yang mengemukakan fakta tersebut.

Namun, harus diingatkan di sini, seorang muslim yang sejati takkan mudah mempercayai sesuatu maklumat tanpa disandarkan kepada bukti-bukti ataupun dalil2 yang kukuh. Walaupun pemberi maklumat adalah seorang yang terkenal dengan kepandaiannya, ke’famous’annye dan terlalu jarang orang yang tidak percaya terhadap maklumat2 yang diberikannya.

Sememangnya setiap maklumat yang kita dapat perlu diagui kesahihannya jikalau tanpa bukti yang mencukupi. Chop! Aku tak cakap setiap maklumat yang kita dapat tu tak betul. Cuma aku cakap kita perlu untuk sentiasa meragui akan kebenaran maklumat tu selagi mana tiada bukti di depan mata kita sendiri. Kerana itulah sifat sebenar seorang mukmin sejati seperti yang digambarkan Allah di dalam Surah al-Hujuraat:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

Ambil masa seminit dua dan cuba kita teliti dan hayati terjemahan ayat al-Quran ini. Bacala dua tiga kali untuk lebih faham. Lihat. Allah sendiri telah menyuruh kita supaya memeriksa setiap berita yang telah, sedang dan akan sampai kepada kita. Sebab kalau kita nak periksa pemberi maklumat tu samada dia fasik ataupun tidak, mungkin ianya agak mustahil bagi seorang manusia biasa seperti kita. Sebab fasik2 ini adalah masalah hati. Entah2 kita lagi fasik daripada dia. Betul tak? Na’uzubillah. Sebab kita sendiri already maklum, takwa seseorang manusia itu hanya Allah sahaja yang tahu. Kadang-kadang mungkin kita nampak dia kurang dalam melakukan ibadat2 sunat berbanding kita, tetapi pada hakikatnya takwanya kepada Allah lebih tinggi daripada kita. Mana kita tau kan? Sebab itulah, apa yang perlu kita periksa adalah sumber2 berita ataupun maklumat itu sendiri. Bukan dengan memeriksa sama ada pemberi berita itu jujur ataupun tidak.

Kemudian, Allah melanjutkan lagi dengan mengatakan bahawa jika kita tidak memeriksa sesuatu maklumat itu dengan teliti, kelak kita mungkin akan menimpakan suatu musibah dan masalah kepada sesuatu kaum (individu) dan akhirnya nanti akan menyebabkan kita menyesal di atas perbuatan2 kita tersebut. So, aku rasa korang semua faham apa yang ingin aku katakan sebenarnya malam ini. Sama-samalah kita memeriksa maklumat2 ataupun berita2 yang sampai kepada pendengaran kita semua. Jangan hanya menangguk membenarkan sedangkan kita tidak tahu pun kesahihan sesuatu maklumat tersebut, sumbernya, asalnya dan datangnya daripada mana. Jangan sampai tanpa kita sedari, kita telah pun menjadi seorang penyebar fitnah tak bertauliah yang disegani masyarakat. Huhu.. Rasanya sudah panjang aku menaip. Harap dapat menjadi iktibar buat semua. Sekian... Wallahua’lam.

jangan laa bisik2 macam nie...

p/s: 1) Panjang lagi sebenarnye aku nak tulis, tapi takut terlalu panjang.

2) Entri ni adalah disebabkan aku sendiri telah menjadi ‘mangsa’ sebuah khabar angin yang tidak diketahui asal-usulnye.. Huwaaa!!~

3) Kalau ada pape, harap dapat bertanya secara live kepada aku, jangan terus percaya kepada maklumat2 tersebut.

4) Fakta di atas tadi adalah rekaan semata-mata. Nama Dr. Daniel hanya sekadar ‘booster’ dan sebagai contoh saintis yang disegani pada masa kini.

5) Terima kasih atas kerjasama anda. Segala kesulitan amat dikesali.

Suatu ketika dulu...

Dulu…

Semasa di Maahad Tahfiz..

Aku masih ingat…

Aku seringkali mengingatkan adik-adik..

Jangan lewat untuk solat…

Diorang tanya, “kenapa xleh lewat bang?”

Aku jawab..

Sbb tujuan kita dicipta hanyalah untuk Allah,

Semata-mata…

Aku jugak bagitau..

Apabila tibanya ajal adik-adik,

Kita takkan dapat lewatkannya,

Walaupun sesaat sekalipun..

Lepas tu…

Aku siap bagi dalil lagi..

Aku ingatkan pulak diorang dengan firman Allah…

“Dimana sahaja kamu berada,

Maut pasti akan mendatangi kamu,

Sekalipun kamu berada di dalam tembok,

Yang sangat kukuh (binaannya)….”

Aku jugak suruh diorang…

Jangan tinggal solat berjemaah,

Kerana pahalanya mencecah…

27 kali ganda berbanding solat sorang2…

Diorang cakap,

“tapi… kitorang busy la bang”

Aku jawab,

Jangan suka bagi alasan..

Biarlah kita busy di dunia,

Jangan ‘busy’ di akhirat,

Ingat…

Bila kita kejar akhirat,

Dunia pasti akan merapat…

Alhamdulillah kini..

Bila ditanya khabar…

Adik-adik dah solat mengikut waktu…

Berjemaah sentiasa…

Bagus laa..

Cuma…

Sekarang baru ku tersedar,

Bila ‘busy’ yang dikatakan adik2..

Suatu ketika dulu…

Kena batang hidung sendiri…

Barulah kalut nak cover diri..

Bukan setakat lewat..

Kadangkala sampai terlepas waktu…

Berjemaah tak payah nak bicara..

Kalau dah terlepas macam tu sekali..

Berjemaah lebih la lagi…

Jauh macam langit dengan bumi…

Sekarang aku akui…

Walaupun di USIM sendiri..

Sudah ramai kawan yang sering mengingatkan diri...

Tapi..

Kenapa katil juga yang aku cari…

Bila azan sudah berbunyi…

Kenapa bantal juga yang aku peluk…

Bila pintu bilik diketuk…

Kenapa???

Sekarang…

Nasihat hanya tinggal nasihat…

Baru ku sedar...

Dulu…

Aku cukup pandai untuk berkata-kata…

Tapi bila aku sendiri yang kena…

Mulalah cari alasan merata-rata..

Bila aku sendiri yang melalui…

Baru aku mengetahui..

Teramatlah susahnya…

Tersangatlah sukarnya…

Nak beramal dengan apa yang dikata…

Baru aku maklum..

Kalam manusia memang amat mudah untuk bicara..

Tapi..

Untuk amalkan sentiasa..

Korang sendiri pun tahu mcm mana..

Tapi tak mengapa…

Yang lepas biarlah lepas…

Yang penting..

Hidup kita di masa hadapan…

Itu yang utama…

Teruskan dengan taubat nasuha..

Moga-moga diterima Tuhan yang Maha Kuasa…

Pendek kata…

Marilah kita sama-sama…

Muhasabahlah diri yang hina…

Agar tak terjerumus ke dalam neraka..

Saat orang yang kita nasihati pula…

Boleh masuk ke Syurga..

Na’uzubillah min zalik…

Kalau nak masuk syurga pun,

Biarlah masuk sama-sama…

Mintak saudara-saudara semua..

Sentiasa tegur saya…

Yang selalu sangat terleka…

Dengan nikmat-nikmat dunia…

jom u-turn sama-sama dengan aku...

Ikhlas dari aku..

hamba yang tersangat hinanya..

kepada Allah yang Esa..

Ighfirli ya Rabbi..~

Ameeen…

Sedar tak sedar...

Bismillah…

Baru2 ni ada seorang sahabat ni hantar sms kat saya. Sekadar bertanya khabar.

“Salam.” Hantar dia pendek.

“Waalaikumusullam Warahmatullah.” Panjang saya menjawab. Sengaja penuhkan ruang sms.

“Amboi, panjangnye ko balas? Bagusnye ko doakan aku..hehe..” Dia balas balik. Niat di hati mungkin hanya sekadar untuk bergurau.

‘Erk..?’ Terkedu. Tiba2 je time tu timbul satu persoalan dalam hati saya. Erm.. Mungkin ada betul jugak apa dia ckp ni. Sebab nya, masa dia cakap macam tu, saya ada terfikir sebuah hadis yang disebutkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hathim.

Suatu hari ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabatnya, seseorang datang dan mengucapkan, “Assalaamu’alaikum.” Maka Rasulullah SAW pun membalas dengan ucapan “Wa’alaikum salaam wa rahmah”

Orang kedua datang dengan mengucapkan “Assalaamu’alaikum wa rahmatullah” Maka Rasulullah membalas dengan, “Wa’alaikum salaam wa rahmatullah wabarakatuh” .

Ketika orang ketiga datang dan mengucapkan “Assalaamu’alaikum wa rahmatullah wabarakatuhu.” Rasulullah SAW menjawab: ”Wa’alaika”.

Orang yang ketiga pun terperanjat dan bertanya, namun tetap dengan kerendah-hatian, “Wahai Rasulullah, ketika mereka mengucapkan Salam yang ringkas kepadamu, Engkau membalas dengan Salam yang lebih baik kalimatnya. Sedangkan aku memberi Salam yang lengkap kepadamu, namun aku terkejut Engkau membalasku dengan sangat singkat hanya dengan wa’alaika.”

Rasulullah SAW menjawab, “Engkau sama sekali tidak menyisakan ruang bagiku untuk yang lebih baik. Karena itulah aku membalasmu dengan ucapan yang sama sebagaimana yang di khabarkan Allah di dalam Al-Qur’an.”

Subhanallah. Lihat akhlak Rasulullah. Bagaimana apabila orang mendoakan selamat dan sejahtera ke atas baginda, baginda mendoakannya dengan jawapan yang lebih baik.

Tapi saya terfikir, kalau seseorang tu mengucapkan kepada kita hanya sekadar ‘salam’, agak2 apa yang perlu kita jawab? Apa maksudnya kalau hanya sekadar ‘salam’? Nak doa kat kita ke tak ni? Sedangkan apa yang diajar nabi kepada para sahabat adalah ungkapan ‘Assalamualaikum’, kenapa pulak kita memandai nak ubah kepada ucapan yang lain?

Sedar tak sedar ini lah salah satu perangai yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita sekarang dalam berSMS. Termasuk saya. Kononnya nak jimatkan ruang sms mahupun chatting. Padahal kalau difikirkan, sanggup ke kita nak tukar pahala dengan kita mengikuti sunnah berbanding dengan 1 sen nilai sms yang terlebih? Uish, saya tak sanggup dong!

Jika dilihat, tujuan salam diberikan adalah untuk mendoakan kesejahteraan si dia dan juga memberitahu bahawa dia tidak terancam dan aman serta selamat sepenuhnya daripada kita. Namun, jika hanya ‘salam’ yang diberikan, saya rasa itu bukanlah satu doa buat kita. Kedekut sangat ke kita sampai tak boleh nak tambah sikit ucapan ‘assalamualaikum’ seperti yang diajar oleh nabi S.A.W.?

Daripada Anas bin Malik R.A., sabda Rasulullah S.A.W.:

“…. Maka barangsiapa menolak sunnah aku, maka dia bukan dari kalangan aku”

Riwayat al-Bukhari

Kalau Rasulullah sendiri sampai bersabda ‘maka dia bukan dari kalangan aku’, agak2 bagaimana pula dengan syafaat baginda untuk kita ketika di padang mahsyar nanti?

Sama-sama kita renungkan...

Lets beware with the minor sins...

Ilmu, ilmu, ilmu...

Bismillah…

“Eh, Mat (bukan nama sebenar) sekarang amek course ape?” Tanye seorang mak cik kat kawan saya.

“Ha? Err.. Saya amek engineering mak cik. Kolej biase2 je. Kenape mak cik?” Kawan saya bertanya balik.

“Takdelah. Kan kamu dulu aliran sekolah arab, mak cik rase lagi elok Mat amek bidang agama. Ni kamu amek bidang engineering, dah lari benor daripada bidang agama kamu tu.” Jawab mak cik tu dengan lancar sekali.

Hurm… Berapa ramai agak2 yang setuju dengan pendapat mak cik tadi? Kadang-kadang bila sekali dengar kata-kata mak cik tu, timbul jugak dalam hati tentang kebenaran pendapat beliau. Yelah, kalau elok dah ambik bidang tu daripada sekolah rendah lagi, sebaiknya kita teruskan dalam aliran tu je. Tapi… bila dua kali dengar, rase macam tak betul pulak pendapat mak cik tu. Tambah-tambah yang saya nak highlightkan adalah ayat Ni kamu amek engineering, dah lari benor daripada bidang agama kamu tu.” Erm… Yeke? Kita dapat lihat mak cik tu seolah-olah kata bahawa engineering ni bukan bidang agama. Betul ke?

Nampaknya, ramai orang pada zaman sekarang dah mula berfikiran bahawa kehidupan beragama adalah sesuatu yang sempit. Yang dianggap bidang agama hanyalah seperti Syariah, Quran dan Sunnah, Bahasa Arab, Dakwah dan lain-lain sedangkan yang mengambil bidang-bidang di dalam aliran sains seperti Perubatan, Engineering dianggap bukan agama. Dan orang-orang yang mengambil bidang sains ini biasanya akan dianggap sebagai kelompok yang kurang arif tentang perkara agama. Hmm.. Satu pendapat yang cukup tak rasional. Tak patut betul la sape yang cakap macam tu. Siapa cakap bidang engineering dan sains ni bukan bidang agama? Adakah mereka ingin menafikan bahawa Al-Biruni, Al-Khawarizmi, Ibn Khaldun dan Ibn Sina adalah merupakan antara tokoh-tokoh Islam yang cukup terkenal pada masa dahulu? Sedangkan dengan usaha yang dilakukan oleh mereka inilah, maka Islam dapat tersebar dengan meluas sehingga meliputi benua-benua besar seperti Eropah, Asia Tenggara dan Afrika berdasarkan penemuan2 yang baru dan hebat oleh mereka berdasarkan Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W..

Firman Allah S.W.T. yang mafhumnya :

Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah memenuhkan didalamnya bagi kamu nikmat-nikmat Aku, dan Aku telah redha bagi kamu ISLAM sebagai ad-Din (cara hidup) kamu…”

Baiklah. Saya bagi contoh kronologi yang cukup mudah. Andaikan bahawa kita ini seorang pendakwah ataupun seorang ustaz, dan kita ingin menyeru pemuda-pemuda yang sedang lepak-lepak di tepi jalan untuk sama-sama berjemaah di masjid. Tapi sebelum tu cuba kita fikir dulu, agak-agaknya siapa yang nak membina masjid tersebut? Siapa yang mengerahkan akal fikirannya untuk membuatkan supaya air boleh mengalir daripada paip-paip yang disediakan dan orang ramai boleh berwudhu’ dengannya? Siapa pulak yang mencipta pembesar suara supaya suara-suara bilal yang melaungkan azan mampu didengari ke seluruh kawasan? Siapa lagi kalau bukan golongan engineering dan saintis inilah yang telah melakukan semua itu. Ya, kita mungkin mampu mengajak pemuda-pemuda tersebut untuk berjemaah. Walaupun kalau tak semua pemuda yang ikut, seorang pun jadi lah. Namun bila difikirkan balik, yang sebenarnya membolehkan seluruh umat Islam berkumpul di dalam satu kawasan, satu binaan yang besar dan kukuh adalah jurutera-jurutera tersebut dan bukanlah kita sebagai pendakwah ini. Kalaulah tiada mereka ni, saya rasa sia-sialah kita ajak pemuda tersebut untuk berjemaah. Yalah, nak berjemaah kat mana, masjid pun tak ada. Tak begitu? So, anda masih rasa bidang engineering bukan bidang agama? Anda renungkanlah sendiri.

tetapkanlah hatiku atas AGAMAMU...

…………………………………………..

Cuba kita bayangkan bagaimana keterangan-keterangan di dalam al-Quran akan mampu dibuktikan kebenarannya kalau tiadanya golongan saintis? Penerangan tentang kejadian manusia daripada air mani lelaki dan perempuan dan kedudukannya didalam rahim selama 9 bulan, pergerakan bumi dan segala planet yang akan tetap bergerak di atas paksinya dan tidak akan berganjak walau satu millimeter ke kiri mahupun ke kanan, penceritaan tentang turunnya air hujan daripada kelompok awan yang bergabung dan sebagainya yang terdapat di dalam al-Quran selama lebih 1400 tahun dahulu hanya mampu dibuktikan kesahihannya menurut kemampuan akal manusia oleh para saintis inilah. Jika tiadanya saintis, maka Islam sudah pasti lebih sukar untuk menyebarkan ajarannya kepada seluruh manusia pada masa sekarang yang mana kita sendiri tahu bahawa manusia lebih suka menggunakan akal logik fikiran mereka dalam menimbang sesuatu perkara. Dengan sains lah kita mampu menguatkan lagi akidah kita kepada Allah. So, inikah ilmu sains yang anda katakan bukan ilmu agama? Saya harap anda fikirkan balik.

Tapi sayang seribu kali sayang, pemikiran masyarakat pada hari ini seolah-olah mereka telah mengasingkan antara agama dan cara hidup mereka. Yang dikira agama hanyalah kitab-kitab di dalam bahasa Arab ataupun perkara-perkara yang berkaitan dengan ibadat. Manakala selebihnya dianggap sebagai bukan perkara agama. Begitu? Amboi, sempitnya agama ni. Sedangkan pada hakikatnya Islam itu adalah syumul, sempurna dan meliputi keseluruhan cara hidup manusia. Daripada sebesar-besar perkara seperti mentauhidkan Allah sehinggalah kepada sekecil-kecil perkara seperti doa masuk tandas sekalipun, kesemuanya merupakan agama yang telah diajar oleh Rasulullah S.A.W. kepada umatnya.

Contoh lain saya berikan, masyarakat sekarang saya lihat seolah-olah menganggap politik dan agama adalah sesuatu yang berlainan. Sedangkan kita tahu bahawa Rasulullah S.A.W. sendiri berpolitik. Di mana Rasulullah merupakan orang pertama yang mewujudkan piagam ataupun perlembagaan bagi kota Madinah. Berbanding dengan kota-kota besar yang lain seperti Rom dan Kaisar yang hanya berpandukan kuasa pemerintah semata-mata. Dan apabila kita lihat balik, alhamdulillah syukur, kerana negara Malaysia kita juga telah mencontohi tindakan Rasulullah itu dengan membuat perlembagaan persekutuan Malaysia. Takpelah, baguslah begitu.

Cuma apa yang tidak bagusnya adalah pemisahan antara agama dan politik itu sendiri. Membaca kitab tafsir didalam dewan DUN dianggap seperti pengajian pondok, dan pemakaian tudung pula diringan-ringankan. Lesen judi dan arak pula diperluaskan. Yelah. Supaya rakyat Malaysia kita yang majmuk ini dapat bersatu! Kita lihat, pemisahan agama dan politik ini dibuat dengan alasan rakyat di negara kita hidup dalam masyarakat majmuk. Kononnya susah nak bersatu kalau digabungkan dengan agama. Padahal kalau kita lihat pada zaman Rasulullah S.A.W. sendiri sudah wujud masyarakat majmuk yang mengumpulkan kaum yahudi dan nasrani bersama Islam. Namun bagaimana Rasulullah pada ketika itu boleh pulak menyatupadukan keseluruhan masyarakat majmuk dengan cemerlang sekali tetapi kita pada masa sekarang tiba-tiba kata tidak boleh pulak? Boleh dikatakan agak kurang ajar kalau kita tiru cara baginda dalam membuat perlembagaan sedangkan cara berpolitik yang diajarnya kita tinggalkan ke tepi. Padahal dalam diam kita mahu mengaku pulak sebagai umat baginda. Tak patut sungguh.

Seorang muslim yang asli pasti tak akan mengasingkan agama dengan cara hidup mereka. Mereka akan menganggap bahawa hidup mereka itu sendiri adalah agama. Tidak kisahlah mereka di dalam bidang engineering, undang-undang, saintis, dan sebagainya, mereka akan berusaha untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada bagi menaikkan nama Islam di persada dunia. Seorang sahabat Rasulullah bernama Abdul Rahman bin Auf mempunyai bakat dalam bidang perniagaan, lalu Rasulullah terus melatih beliau di dalam bidang tersebut sehingga akhirnya mampu memberi pulangan kepada Islam. Khalid ibnu Walid seorang panglima perang Islam yang sangat disegani dalam menyebarkan ajaran Islam ke seluruh dunia sedangkan jika kita lihat ilmu beliau tentang Islam tidaklah setanding Abu Bakar As-Siddiq. Dan ramai lagi sahabat-sahabat Rasulullah yang telah membuktikan bahawa bidang-bidang inilah yang sebenarnya mampu mengukuhkan akar agama Islam itu sendiri.

Pendek kata, tuntutlah ilmu sebanyak yang mungkin. Tidak kiralah samada dalam bidang-bidang syariah, fiqh, hadis ataupun bidang sebaliknya. Sedarlah, kita takkan mampu menguasai kesemua ilmu yang ada. Jadi kita perlu membahagi-bahagikan tugas dan bidang ini sesama kita kerana semua bidang sudah pasti ada peranannya masing-masing dalam Islam. Jangan menganggap Islam adalah sesuatu yang sempit dan hanya berkaitan dengan ibadat semata-mata. Agama adalah cara hidup dan cara hidup adalah agama. Cuma yang berbaki adalah sama ada kita mahu memanfaatkan ilmu tersebut untuk Islam ataupun tidak.

Akhir kalam, yang membezakan antara kita hanyalah takwa kepada Allah!

Semanis gula, semasam cuka...

Bismillah…

Nampaknya, sudah agak lama saya tidak menjengah blog ini yang nampaknya kian lusuh dek waktu yang tidak berapa mengizinkan kepada saya untuk menulis didalamnya. Tidak lain tidak bukan disebabkan terpaksa fokus terhadap peperiksaan mid sem yang lalu. Tapi tak mengapa, biarkan ia lusuh janji kekal bermanfaat kepada semua. InsyaAllah. Dalam tempoh saya tidak menulis, terlalu banyak perkara-perkara yang ingin saya perkatakan di dalam blog ini sebenarnya. Dan setelah mendapat peluang dan nikmat masa yang hanya sebentar ini, diharapkan saya dapat berkongsi lagi dengan sahabat-sahabat tentang isu-isu yang ingin saya perkatakan ini. Pada tulisan kali ini, saya sangat teringin nak berkongsi dgn sahabat-sahabat tentang sebuah hadis Rasulullah S.A.W. yg saya rasa semua org mesti pernah dengar tentang hadis ni. Kira masyhur jugak la hadis ni. Yang mana hadis ni menyebut:

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawasanya ada seorang lelaki telah berkata kepada Rasulullah S.A.W. : “Berwasiatlah (sesuatu) kepada aku!”

Lalu jawab nabi dengan sabdanya: “Janganlah kamu marah.”

Lelaki ni mengulangi lagi permintaannya beberapa kali, tapi tetap dijawab oleh nabi “Janganlah kamu marah.”

(Riwayat al-Bukhari)

Mesti semua org macam tau2 je kan apa yg saya nak kongsikan di sini. So, saya pun seperti biasalah, apa yang ingin saya highlight kan di sini sememangnya adalah wasiat nabi tersebut iaitu, JANGANLAH KAMU MARAH. Kerana apa, kalau kita lihat dari sudut kehidupan kita sebagai seorang manusia sekaligus seorang makhluk ciptaan Allah, tidak dapat tidak, kita tak akan boleh lari daripada sifat fitrah ini iaitu MARAH. Katalah apa-apa pun, saya yakin semua orang pernah mengalami dan merasai perasaan marah ni. Tak kiralah marah kepada manusia, ataupun haiwan, janji org panggil MARAH. Sampaikan ada jugak segelintir orang kadangkala sampai marah kepada benda yang tidak bernyawa. Termasuklah saya. Ya lah, cuba bayangkan apabila kita berjalan, kekadang tu siap kontrol macho lagi, kalau perempuan, kontrol ayu la, tapi tetibe je tersepak anak tangga. Apa agaknya kita rasa? Kalau manusia tu normal, mesti wujud dua perasaan ni. Malu dan marah. Betul tak?

Malu, sebab orang lain tengok. Mestila, tengah syok layan perasaan, tiba2 terjatuh, mesti malu. Yang keduanya marah. Dan antara perkataan yang selalu keluar apabila terjadinya situasi macam ni biasanya “Hai, sape la yang buat tangga ni tinggi sangat.” Ataupun, “Apasal tangga ni, orang tengah bajet macho, time ni jgk la yg dia nak suruh orang sepak.” Satu lagi ayat, “Hei, apahal ko ni, main tolak-tolak aku ni?!” Sambil menunding jari kepada rakan sebelah. Yang ni biasanya lebih kepada nak cover la. Tapi apa-apa pun, ayat2 tersebut pasti akan berbaur perasaan marah. Walaupun matan ataupun kita katakan skripnya berbeza-beza, ia tetap dan pasti akan menunjukkan kepada perasaan marah yang wujud dalam diri pemarah tersebut.

nak marah pun, jangan sampai mcm nie...

Namun, bukanlah ayatnya ataupun skrip marah yang ingin saya bincangkan di sini. Cuma, antara persoalan yang biasanya seringkali timbul didalam benak fikiran saya tatkala berlakunya situasi seperti ini adalah ‘kenapa kita perlu marah?’. Ya lah, cuba fikir, apa agak-agak faedah yang kita dapat kalau kita marah? Ya, saya tak nafikan, mungkin ada antara sahabat-sahabat sekalian yang akan kata perasaan marah ni wujud tanpa dipinta. Bahkan nabi sendiri pun pernah memarahi sahabat-sahabat baginda. Lepas tu siap bagi dalil lagi kata nabi pun pernah marah. Fuh. Memang. Saya langsung tak nafikan perkara tersebut. Cuma apa yang perlu diingatkan di sini adalah marah nabi tak sama dengan marah kita. Nabi marah menurut wahyu daripada Allah, kita marah menurut nafsu. Nabi marah sebab amar ma’ruf nahi mungkar, tapi kita marah sebab sesuatu yang remeh di sisi Allah. Beza tak? Definitely.

Sebagai seorang manusia, memang kita takkan terlepas daripada perasaan ini. Tapi kalau boleh, paling tidak pun, cuba kita fikir tentang apa yang kita nak marah tu. Sebab apa? Sesekali apabila kita marah, saya minta sahabat-sahabat cuba bayangkan, adakah kalau kita marah ketika itu, marah kita tersebut akan disukai oleh Allah ataupun tidak? Kalau jawapannya iya, teruskanlah. Tapi kalau jawapannya tidak, maksudnya sudah-sudahlah tu. Sebab apa, memang marah tersebut tiada faedah. Bahkan saya rasa, kadang-kadang marah tersebut boleh mendatangkan side effect kepada ukhuwwah kita, persahabatan kita. Mana tidaknya, sikit-sikit asyik nak marah je, sape la yang nak duk dekat? Saya rasa kucing pun lari. Bukan setakat kucing, lalat pun tak sudi nak hinggap kat hidung. Betul tak? Yela, boleh faedah je kalau duk dekat.

Memang saya akui, saya sendiri pun kadang-kadang tak mampu menepis perasaan marah ni. Tambah-tambah lagi, apabila ada seseorang seolah-olah mencabar kejantanan kita. Kalau perempuan pulak, mencabar kebetinaan la. Apa yang kita rasa? Mestila naik darah kan. Selalu sangat macam tu. Tapi apa yang saya biasa lakukan adalah, ingat balik wasiat nabi seperti yang saya katakan pada awal tulisan ini. JANGANLAH KAMU MARAH. Kalau kita tengok, walaupun berulang-ulang kali lelaki tersebut meminta wasiat daripada nabi, tetap dijawab dengan tenang JANGANLAH KAMU MARAH. Kerana nabi sendiri tahu, perasaan marah itu sangat bahaya dan juga membahayakan apabila tidak dikawal. Wasiat buat umatnya.

Pendek kata, kalau kita nak marah sangat pun xpelah. Nak buat mcm mana kan, sifat fitrah. Tapi, paling tidak pun, contohilah nabi dalam ber’marah’. Marah baginda mcm mana? Baginda adalah seorang yang paling payah nak marah, dan apabila baginda marah, baginda juga adalah orang yang paling cepat reda kemarahannya. Dan saya sendiri sedang cuba mencontohi sifat baginda tersebut. Kerana inilah yang dipanggil sebagai marah yang terkawal. Marah yang diajar oleh nabi kepada umatnya.

Semua sedia maklum, syaitan itu berasal daripada api. Dan untuk memadamkan api adalah dengan menggunakan air. Jadi cara yang paling sesuai untuk memadamkan perasaan marah ni adalah dengan mengambil wudhu’. Senang saja. Setiap kali kita rasa marah, apa salahnya kita pergi ambil wudhu’. Bukan susah pun. Air ni Allah cipta 2/3 dunia. Kalau setakat nak ambik wudhu’ setiap kali marah takkan habis la air brader. Lagi pun ini adalah sunnah Rasulullah S.A.W.

Daripada Anas bin Malik R.A., sabda Rasulullah S.A.W.:

“…. Maka barangsiapa menolak sunnah aku, maka dia bukan dari kalangan aku”

Riwayat al-Bukhari

So sahabat-sahabat semua, marilah sama-sama kita mencontohi Rasulullah dalam apa saja tindak-tanduk baginda. Tak rugi. Bermanfaat lagi ada. Moga-moga kita mendapat redha Allah S.W.T. Sehinggakan dalam mengawal perasaan marah sekali pun, Rasulullah sudah menunjukkan contoh yang terbaik. Apa yang tinggal, adalah diri kita sendiri. Sama ada mahu mempraktikannya ataupun tidak. Saya hanya mampu membuka pintu, yang nak berjalan keluar adalah anda sendiri. Sama-sama renungkan.

Sekian, salam sunnah dari saya~

aku pon taw marah... miaawww!!!
Berusahalah sahabat untuk bersabar..
seandainya kau marah sedang kau berdiri,
duduklah.
seandainya kau marah sedang kau duduk,
baringlah.
seandainya kau marah juga di saat kau berbaring,
berwudhuklah.
namun,
andai kata masih berbaki perasaan marah itu,
mahupun kau telah berwudhuk,
maka larilah saja ke tmpt yg bisa
menceriakanmu..
moga-moga
kau senyum selalu~

Related Posts with Thumbnails